Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

May 21, 2016

BACKPACKING TRIP | HO CHI MINH, VIETNAM (MEKONG DELTA - DAY 2)

HARI KEDUA.

Hari ini aktiviti ke Mekong Delta. Kami keluar awal dari hotel untuk sarapan. Tahan teksi dan kami terus ke Malaysian Street. Situ je ada restoran halal kan. Bungkus Banh Mi (mcm sandwish tp roti besar). Selesai kami terus ke travel agent. Kami menaiki bas bersama dengan pelancong lain dari pelbagai negara. Dalam bas kami je dari Malaysia kot.




Sepanjang jalan dapat tengok kesibukkan kotaraya Ho Chi Minh. Dengan motorsikal yang beribu juta dan pergerakan kenderaan yang bersimpang siur nampak ngeri je tengok sebab mereka main redah je bawa motor tapi tak pulak eksiden. Memang hebat la diaorang ni. Perjalanan ke jeti My Tho, Sungai Mekong mengambil masa lebih kurang 1-2 jam.


Kami menaiki bot besar dan menyusuri Sungai Mekong menuju ke sekitar pulau. Terdapat 4 pulau (Phoenix, Turtle, Unicorn, Dragon).




PULAU UNICORN.
Kami berhenti di Pulau Unicorn. Masyarakat di pulau ini mengusahakan madu lebah. Kami dihidangkan dengan madu yang dicampur dengan limau kasturi,teh dan royal madu. Bolehlah nak beli madu disini. Seterusnya kami berjalan ke dalam sikit dan dihidangkan dengan buah-buahan sambil mendengar lagu tradisional Vietnam.






PULAU PHOENIX.
Disini kami singgah melihat pembuatan gula-gula kelapa. Ada bermacam gula-gula kelapa yang dibuat. Selesai kami dibawa menyusuri sungai dengan menaiki sampan kecil yang memuatkan 6 orang. 2 orang pendayung di depan dan belakang. Kami diberikan topi tanpa jaket keselamatan. Mohon duduk elok-elok supaya tak terbalik. Jangan lupa beri tips pada makcik/pakcik pendayung ye. Sian mereka dayung jauh-jauh.








PULAU TURTLE.
Kami berhenti di Pulau Turtle untuk makan tengahari. Makanan disini tidak halal ye. Sila bawa bekal siap-siap. Kami berehat disini lebih kurang 1 jam. Disini juga ada taman buaya.







Selesai semua kami kembali ke jeti dan menaiki bas kembali ke Bandar Ho Chi Minh. Lebih kurang jam 3ptg kami sampai hotel dan berehat. Malamnya kami ke Pasar Benh Tan untuk makan malam dan shopping.


0 comments: