Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Nov 16, 2014

Bukit Saga aka Bukit Apek

Assalamualaikum,

Jika ingin mendaki secara santai dan menghirup udara segar tanpa perlu memandu berjam-jam bagi sekitar Lembah Klang, Bukit Saga adalah tempatnya. Bukit Saga yang terletak di Taman Saga, Ampang sangat popular di kalangan pendaki sekitarnya. Berketinggian lebih kurang 410m, dengan laluan yg telah sedia ada akan memudahkan pendaki untuk mendaki ke puncak. Di tambah pula dengan adanya Air Terjun Bukit Apeh.

Jom kita tengok apa yg ada disana.

Tarikh : 15 Nov 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Bukit Saga, Ampang, Selangor

Pendakian kami (Moq & Rinto) bermula sekitar jam 10 pagi. Tetapi sebelum itu kami singgah di simpang masuk ke Taman Saga untuk membeli makanan untuk dimakan di puncak nanti. Nasi lemak ayam menjadi pilihan kami. 

Kereta boleh parking di kawasan Taska Kemas atau sepanjang Jalan Saga 28. Sempat juga kami bergambar dengan sorang uncle ni yang nak mendaki. Terdapat tangga besi untuk ke trek masuk ke Bukit Saga dan terdapat gerai dan pondok disediakan. Gerai tersebut menjual air dan buah-buahan.

Kita selfie dulu sblum mendaki yakan..
Trek mendaki ke Bukit Saga yang kami nampak ada 3 laluan. Laluan A, B dan C sahaja. Tak tau lah kalau ada lagi trek lain yang kami tak tau. Tapi nak mudah, pakai trek ini je. Kami medaki menggunakan trek A dan turun melalui trek C.

Permulaan mendaki adalah laluan tangga simen, di awal tangga simen dan ada sikit air terjun, disini pendaki menjadikan tempat untuk mencuci kasut. Berus telah disediakan. Mendaki sehingga jumpa Tokong kecil, kat situ ada simpang ke Trek A, Trek B dan Trek C.




Trek A agak menegak, selepas itu mendatar sedikit dan terus menegak sehingga sampai ke puncak. Kami sampai di puncak lebih kurang jam 1130 pagi lebih kurang. Kalau ikutkan pendakian mengambil masa hanya 45 minit sahaja tapi maklumlah, pendakian santai. Nak sampai cepat-cepat kat atas dah kenapa. Releks la bro..



Kawasan puncak Bukit Saga ini dijaga dan diselenggara dengan baik oleh persatuan Pendaki Bukit Saga. Ada kemudahan untuk istirehat dan juga untuk senaman. Bekalan air minuman kosong secara percuma juga disediakan disini. Biasanya pendaki tetap akan naik awal pagi dan berehat di puncak sambil bersenam dan akan lepak sampai tengahari baru turun. Kawasan Saga Top ini bersih dan selesa. Ada bekalan elektrik menggunakan generator, tapi ia cuma dibuka apabila ada aktiviti khas dan dengan kebenaran persatuan Pendaki Bukit Saga.





Disebabkan kami tidak pernah ke air terjun, seorang auntie dgn baik hatinya menunjukkan jalan, tapi bukan sampi ke air terjun lah, hanya tunjuk simpang jalannya shj. Beliau banyak kali bertanya ada bwk makanan tak sebab untuk ke air terjun mengambil masa lebih kurang 1 jam. Risau sungguh beliau dgn kami. Terima kasih auntie. :)


Sign 'W' untuk ke waterfall.
Trek ke air terjun menurun dan dan ada mendaki sedikit. Tapi banyak menurun lah. Ini kalau nak balik nanti kena mendaki la jawabnya. Lebih kurang 1 jam, kami sampai ke air terjun. Kawasan air terjun ini tidaklah besar, tapi boleh lah nak mandi.

Trek ke air terjun menurun.

Si kecil bersama atuknya


Kami tak lama dikawasan air terjun ini, selepas makan dan berehat sebentar, kami pun bergerak untuk ke puncak Bukit Saga kembali. Guruh pun dah kedengaran. Langit mula berubah warna. Awan gelap mengambil alih. BUshhh... Hujan lebat pun turun. Disebabkan hujan turun agak lebat, kami berjalan dengan laju. Tidak sampai 1 jam, kami dah sampai di Puncak Bukit Saga. Terdapat beberapa kumpulan pendaki yang berteduh di khemah yang disediakan. Setelah hujan reda sedikit, kami pun mula turun ke bawah melalui trek C.


Tinggalan yang dijumpai
Untuk ke trek C, kami perlu patah balik melalui laluan ke air terjun dan akan nampak simpang Trek C. Bergambar sebentar di beirut dan terus turun. Disebabkan masih hujan, perjalanan turun agak perlahan. Trek C ini bertangga sehingga sampai ke Tokong Cina. 

Beirut
Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.00 petang kami sampai di parking kereta. Tukar pakaian dan terus balik ke Sg Buloh.

2 comments:

AYuNG said...

macam best jer...

nak try nek cni pulak la...

=)

| KBKCrew | said...

Ayung,
Try la naik, mmg best. Kat atas leh besokan otot.