Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Dec 31, 2009

End 2009 - Welcome 2010 (Happy New Year)

Lagi beberapa jam sahaja kita semua akan berada ditahun 2010. Sekejap sungguh masa itu berlalu. Banyak perkara manis dan pahit yang berlaku di KBK Crew pada 2009. Perjalanan masih panjang. Sekali ia berjalan, ia akan tetap terus berjalan dan terus berjalan. Kepada semua rakan2 di Kami Budak Kampung, semoga ukhwah kita semua akan sentiasa bersama. Penutup aktiviti KBK Crew 2009 adalah BBQ di Bagan Lalang bersama rakan radio on9 yakni KCFM dan Lepak.Fm.

Semoga tahun 2010 akan membawa sinar yang baru dan insyallah, semoga apa yg diazamkan dan diimpikan akan terlaksana hendaknya.Thanks to all and see u all next year on 2010 and stay tuned with Kami Budak Kampung.

Yeahh...See u all again ^_^

Dec 26, 2009

Perginya Seorang Sahabat - Firdaus Dauri

Tanggal 24 Disember 2009, seorang rakan daripada kamibudakampung (KBK) telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Allahyarham meninggal akibat kemalangan jalan raya berdekatan bulatan pahang berhadapan Hospital Tawakal.

Firdaus Bin Dauri atau lebih dikenali dengan panggilan Apis @ Danger adalah seorang rakan yang baik dengan sahabat2nya. Beliaulah penghibur kami sekiranya ada camping dimana2. Suka membuat kami ceria dan gembira. Kehilangan beliau ini amat2 dirasakan oleh kami.

Allahyarham Firdaus telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Sg Buloh, Selangor pada hari Jumaat bersamaan 25 Disember 2009 pada jam lebih kurang 10.15 pagi.

Buat keluarga arwah, kami mengucapkan salam takziah dan bersabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.

Kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan bertakwa. Amin.

Al-Fatihah.

Dalam Kenangan
Firdaus Bin Dauri (1984 - 2009)

Klik untuk lihat video semasa di Gunung Datuk

Nov 28, 2009

Salam AidilAdha 2009

Salam buat semua rakan di KBKcrew, semalam tanggal 10 Zulhijjah 1430h, kita semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Korban. Ketika itu juga umat Islam di Mekah semakin tiba ke penghujung dalam mengerjakan ibadah haji.

Apakah yang menjadikan AidilAdha itu lebih meriah?
Sudah pastilah kerana adanya ibadah korban, iaitu menyembelih haiwan ternakan tertentu sebagai suatu tuntutan ibadah kepada Allah. Lazimnya kalau di negara kita, lembu adalah binatang popular untuk dikorbankan.


Wahai Rasulullah,apakah erti korban ini? Jawab Rasulullah…itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim.
Sahabat bertanya lagi, apakah keuntungan korban ini? Tiap2 bulunya merupakan satu hasanah iaitu satu kebaikan…jawab Rasulullah.

Jika dihayati dengan lebih mendalam, kita harus menghayati falsafah disebalik sebuah pengorbanan kerana itu bakal menjadikan peribadi diri kita lebih kuat dan matang. Pengorbanan kita untuk hari ini, sudah tentu akan dibawa untuk hari kemudian. Justeru, sebagai penulis blog KBKcrew ini, pengorbanan masa yang diberikan untuk segala perkongsian maklumat mungkin sedikit sebanyak akan dinilai oleh-Nya.

Aku pasti, korang juga punyai banyak pengalaman tentang pengorbanan yang telah, sedang atau mungkin akan dilakukan. Pengorbanan aku sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Jika pengorbanan itu dikongsikan di sini, sudah pasti kita semua akan mendapat nilaian terbaik untuk diri sendiri.

Apa yang telah kita semua korbankan...?

Berkorban pelajaran demi keluarga?
Berkorban cinta demi keluarga?
Berkorban kerjaya demi diri sendiri?
Berkorban harta dan wang ringgit demi keluarga, sanak saudara atau siapa sahaja?

Apapun, KBK crew disini mengucapkan
Salam AidilAdha buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan-Nya.


Sep 18, 2009

Salam AidilFitri 2009


Kepada semua pengunjung-pengunjung kamibudakkampung @ KBKcrew, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, semoga bergembira bersama keluarga masing-masing.

Sekiranya ada terkasar bahasa, terkata, terkutuk, atau apa-apa "ter" lagi yang mungkin menyinggung perasaan, ampun maaf dipinta, dari hujung uban sampai kepala lutut sampai hujung kaki.

Jangan lupa datang umah beraya. Ahaks. ^_^

Sep 13, 2009

Berbuka Puasa Bersama Crew KCFM

Salam semua,

Semalam beberapa rakan KBKcrew telah pergi ke Casa Rachado P.D. Takkanlah buat aktiviti tali kot, bulan puasa ni..Tak larat..hehhe.. Kami pergi berbuka puasa anjuran KCFM atau Kampung Chat.FM. Ini salah satu komuniti radio online. Kita ikuti rentetan perjalanan yg disediakan oleh moque. ^_^

Berbuka Puasa Bersama Crew KCFM
Tarikh : 12 September 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Casa Rachado Resort Port Dickson
Crew : Moque (penulis), Rinto (Cameraman), Gmie, Bro, Zali

3.00 petang
Kami bergerak dari Sg. Buloh menuju ke Damansara sebab nak pick-up salah sorang rakan. Nama dia Akula. Salah sorg otai dalam KCFM jugak neh. Keadaan jalan tak berapa sesak. Melalui jalan Sg. Buloh - Subang dan keluar ke Jalan Kota Damansara. Sampai dirumah Akula, tunggu dia jap. Sebab dia sakit perut, so perjalanan kami yang dirancang untuk bergerak ke P.D dalam jam 3.30 petang ditunda hinggalah jam 5.00 petang.

5.00 petang
Kami terus gerak dengan menaiki van yang boleh muat 7 orang dewasa yg sedang kelaparan. Ye, amat2 lapar dan dahaga. terus masuk highway menuju ke selatan. Daripada Kota Damansara, keluar melalui susur masuk ke highway ELITE menuju ke Sg. Besi. Zali memandu dengan agak berhati2 walaupun kadang2 van tersebut dibawa lebih daripada yang sepatutnya..hahahaha..mmg tak patut.

7.15 petang
Kami baru sahaja melepasi Tol Port Dickson. Bajet smpi dlm kul 7 tapi disebabkan jalan yang sesak td, lambat jugak sampainya..Mmg dah nampak berbuka dalam van. Selamat dah beli awal2 air kotak ngan roti. Hai, nasiblah ..hahaha..
Allahummalakasumna Wabikaamanna...selamat sudah puasa hari ni.. Layan hisap rokok dulu..ahaks..

8.00 malam
Labih kurang nak dekat pukul 8 kami sampai di Resort Casa Rachado. Mmg xde jumpa dah rakan2 KCFM yang duduk tuh. Aku, Rinto, Gmie ngan Bro terus amik makanan..Wakakka, pelahap seh..Lapar neh..hehehe.. So far, makanan yang dihidangkan adalah berupa makanan kampung, macam2 ada. Ambillah nak amik berapa banyak pun. Buffet style..hehehe..Zali salah sorang organizer, xpe x mkn. Dia pegi settle brg2 sourvenior.

Kami diberi tag dan juga sourvenior berupa t-shirt yg mempunyai logo rasmi KCFM. Perggh, beruntung sapa yang datang. Thanks to KCFM. Ramai jugak ahli KCFM yang datang. Ada yang tinggal di Johor, Melaka, Selangor dan Kedah, sanggup datang bagi memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ni. Alhamdulillah, sepakat yang membawa berkat.

Aktiviti selepas makan diteruskan dengan kata2 aluan oleh pihak organizer. Juga sesi memperkenalkan diri yang dimulai dengan pengurusan KCFM dan d.j2 dan barulah para jemputan. Selepas itu, pihak KCFM memberitahu pada hadirin berkenaan sejarah KCFM serta agenda2 yang bakal berlaku untuk pembangunan dan penambahbaikan dalam KCFM.


Selepas itu mcm biasa, sesi bergambar beramai2.


Kami yang baru first time dtg memang amik peluang bergambar seluruh resort. Sbb malam, so agak terhad juga. Almaklumlah, malam ye tak. Sesi kami tak habis disitu sahaja. Kami keluar dari resort dan terus menuju ke satu kedai mamak berdekatan dengan Politeknik Port Dickson. Minum2 dulu, berborak. Ada yang main snooker, ada yg berkaraoke.

Kami gerak balik ke Sg Buloh jam 12.00 tgh mlm lebih kurang..

















Thanks to Kampung Chat.FM @ KCFM. Tahun depan buat lagi.




Aug 11, 2009

Berkhemah di Air Terjun Berkelah bersama CrewTMS

Salam semua,

Sudah semestinya tempat yang kami paparkan ini telah ada di entri yang lepas. Kali ni salah seorang daripada KBKcrew telah berpeluang sekali lagi memasuki Hutan Air Terjun Berkelah di Pahang kerana membawa rakan2 sepejabat iaitu daripada TMS merasai pengalaman berkhemah di disana.

Kita ikuti rentetan perjalanan mereka.

Berkhemah di Air Terjun Berkelah, Pahang
Tarikh : 7 - 9 Ogos 2009
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Hutan Air Terjun Berkelah, Pahang
Crew : Moque (penulis), Zali (Cameraman), Bro, Nanim, Intan, Nad

Jumaat (7/8/09)
Aku, intan ngan zali sudah berada di rumah nanim utk membuat persiapan akhir iaitu memeriksa peralatan yg akan dibawa ke sana nnti. Masih menunggu Bro dan Nad yang masih belum sampai. Selepas Nad ngan Bro sampai, kami membahagikan peralatan yang ingin dibawa kedalam beg masing. Jam menunjukkan jam 1.00 pagi.


Sabtu (8/8/09)
Dengan 2 buah kereta kami meredah pagi menuju ke Maran, Pahang Inilah semangat cintakan hutan..Cewaahh..haahha..Perjalanan dr gombak ke Kg Gelugor, Maran mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Itu pun ada singgah kedai2 mana yg buka, sbb kami ketinggalan gula..hahahah..bkn gula je lupe, nugget, hotdog pun sama..ada dlm peti ais umh nanim. Habis petronas ngan 7E kami gegar, semua xde gula..Kebetulan pula mmg gula tgh xde. kira cam krisis gula la jugak..hahaha..

Kami sampi di masjid Kg. Gelugor lebih kurang jam 5 lebih. Aku dah agak, mesti ramai yg dah sampai. Ada beberapa kereta ngan bas dah parking elok je depan masjid. Aku tgk jam ditangan masih awal. Azan subuh pun belum lagi. Nad, Intan, Nanim ngan Zali dah terlentok tidur dlm kereta. Tinggal aku dgn Bro kat luar. Herm..awal lagi, so aku ajak Bro g sarapan dulu. Mungkin kita boleh gerak masuk dlm pukul 7pg.

Wahh, pekena roti telur ngan teh o..Layan seh..Cuma Nad ngan Intan yang tak turun sarapan. Mengantuk kot. Biarlah.. Lepas sarapan, lebih kurang jam 7.00 pagi, kami terus menuju masuk ke Hutan Berkelah. Daripada jalan besar ke kawasan Hutan Berkelah mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Melalui jalan tanah merah. Kita juga boleh memasuki dengan menaiki lori yang disewa. Bayarannya juga agak murah iaitu RM5 seorang utk pergi dan balik. Kami terus bawa masuk kereta jerk.ahaks..


Sampai dikawasan parking hutan berkelah, dah banyak kereta. Mungkin dah ada pendaki yang memasuki kawasan awal pagi td. Ada juga sepasukan renjer hutan yang sedang berkawad. Tak pasti apa yg dilakukan. Mungkin hari tu hari pembersihan hutan beramai2 kot..Bagus lah tu.

Kami bergerak menuju ke camp site pd jam 8.00 pagi. Suasana pagi tu aman dan sejuk. Kami melalui trek bersimen lebih kurang 500m dan slps itu barulah melalui denai2 kecil. Kelihatan disebelah kanan trek adalah laluan air sungai yang kering. Mungkin disini musim kemarau. air tak naik smpi ke sini. Kami berhenti rehat disetiap check point yang telah ditanda oleh aku sendiri. Tanda dlm ingatan jerk..tak buat tanda kat pokok pun. Sbb dalam hutan, kita perlu alert dengan persekitaran. Melainkan malam..siang dengan malam lain woo dalam hutan..


Kami sampai di camp site yang pertama. lebih kurang 1 jam lebih berjalan dr bawah. Waah, sungguh2 menyeronokkan. Ada lebih kurang 6-7 buah kemah telah didirikan disitu. Ada yang tgh bat sarapan, mandi, pasang hammock. Hammock ni cam buaian. ^_^. Kami sempat berbual dgn brother kat situ yg smpi awal.

Bro 1 : kat atas camp site penuh.
Moq : Ye ke bang..adess..cano neh..

B
ro 1 : Kalau nak naik jugak nak tgk keadaan, naik lah,leh letak brg kat sini dulu.
Moq : Cane korang ?



Kami sepakat nak naik terus je. Sbb ada beberapa org dah turun bawah. Terima kasih kat bro tu yg sudi menumpangkan site sementara. Inilah yg dikatakan ukhwah sesama. Tolong menolong walaupn tak kenal. Keadaan semua org pun ok lagi. Takde yang injured . Aku tgk Nanim bersemangat dan lebih bertenaga. Berbeza waktu treaking di FRIM ari tuh. Yeahhh, kau mampu lakukan.

Kami sampai di campsite kedua. Alhamdulillah, ada satu camp site seberang sungai, berdepan dari camp site yg kami tu ada lagi beberapa group yg dah berkhemah. Ada juga teman mlm ni. Maknanya teman berkhemah, bukan group kami jer lah yg ada kat situ. So klu ada berlaku kecemasan ke, senang.. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami pun terus buka peralatan. Moque dan Zali sibuk memasang flysheet utk dapur. Bro, Intan, Nad ngan Nanim pula menyepahkan khemah. hahahha...Jadi jugak diorng ni pasang khemah.


So semuanya dah selesai. Khemah tuk dapur dah siap. Khemah tuk tidur pun dah siap. Masa tuk masak. So chef kami hari tu adalah Nanim. Yeahh..dibantu oleh Nad ngan Intan. hehehhe...pandai diorg masak beb. Menu tghari tu mmg menyelerakan perut yg mmg2 lapar. Ada nasi putih, sardin goreng kering (first time aku mkn lauk neh), telur dadar + air teh o panas..Perghh, layan..burrpp, alhamdulillah..Lepas mkn semua nak landing..muahahha..keadaan agak panas. Cari port nak tido je lagi nih..Mandi nnti ptg2 sikit.

Petang tu aktiviti kami mmg mandi jerk..Panas kan..So berendam je lah..Mandi, lepak, pastu mandi lagi, lepak, makan...hahahaha..Stok makanan mmg banyak kami bawa walaupun ada yg tertinggal. Pendek kata, insyallah tak terputus bekalan makanan.
Siang pun melabuhkan tirainya dan malam pun datang. Kami tak buat apa2 aktiviti pun selain berbual, melihat bintang..Ini disebabkan kecuaian kami sendiri yang terlupa membawa kad UNO. Hahahaha...klu x mmg meriah campsite kami ni. Selamat lah siang td dah cari kayu tuk buat unggun api. tapi x lah besar mana pun. Jiran khemah kami dr petang td asyik main meriam. Diorang buat meriam tu..hahahha..

Tau2 semua dah masuk khemah. Tinggal aku ngan Zali kat luar. Memang lah kat luar sebab diorang tido kat hammock. Aku x pasti aku tido kl bape..tau2 ada org kejut tgh mlm minta teman buang air..hehehhe..Malam tu aku kene hempap. ye beb, kene HEMPAP!!! ini salah satu kejadian dlm hutan yg aku tak leh lupa..hahahaha..biarlah jd rahsia kami.

Ahad (9/8/09)
Awal aku bangun pagi tu, lepas tu Zali..Masak air dulu. tu yang penting. Pastu mama nanim bangun. yeahh, chef sudah bangun..hahahaha..Special pagi tu sarapan kami, ada nasi goreng + garlic bread + sup cendawan + teh o panas. Alhamdulillah, terima kasih pd chef nanim ngan zali.

Lepas je sarapan, apa lagi aktiviti kami..MANDIIIII...yeahhhh...hahahhaa...


Kami berkemas lebih kurang jam 12.00 tghari. Sbb nak keluar sampi di jalan besar dlm jam 2.00 ptg. Selesai berkemas, kami sempat amik gambar beramai2 dulu utk kenangan. Alhamdulillah, sampai di luar lebih kurang jam 2.00 ptg, bersihkan diri terus grak balik ke K.L.


Kos perkhemahan kami disana seorang lebih kurang RM 50 ++. Murah kan. Ini lah yg dipanggil perkhemahan bajet. Hahahahahha...Jumpa lagi..Salam.


Feb 2, 2009

Confiuzz..


aku tengah boring neh..tetiba dtg idea yg boleh membuatkan diorg pukul aku..tp diorg tak tau sape yg post entry neh..muakakka...ahaks..

Jan 18, 2009

OPS LIMAU BASAH II

Yoyoyo..watsup myfriends,

Nampaknye Tahun Baru Cina ni KBK crew telah bersetuju dan sebulat hati untuk cuti2 ke Air Terjun Bekelah.Yeahh..maknanya..maknanya..maknanya..ke Pulau Redang x jadilah.hahaha...

*Ops Limau Basah II
*24 - 26 Jan 09
*Air Terjun Bekelah,Maran, Pahang

Sapa nak ikut??

Jan 8, 2009

Selamat Pengantin Baru Arip & Jamaliah

Salam semua,
Sebelum terlupa, kamibudakkampung ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan En. Arip (KKS) & Jamaliah. KBK mendoakan agar hubungan mereka berkekalan hingga keakhir hayat dan juga diberkati sentiasa. Sabar menempuhi pelbagai dugaan. Tahniah.



Bercuti atau Berhibur ?

Salam ceria semua,

Apa khabar rakan2? Semoga semua sihat2 selalu. Apa perancangan utk tahun baru ini? Kalau ada apa2 progam yang boleh join, calling2 lah kami disini. Kami masih memikirkan planning xtvt utk tahun ini. Tapi ada desas desus mengatakan utk cuti Tahun Baru Cina akan datang, ada yg nak ke Pulau Redang. Betul ke...??

Pusing2...adess..camne yerk?? Anda diluar nak kami tak?

Jan 4, 2009

Salam Tahun 2009

Salam semua,

Sudah lama nampaknya blog KBK ni tak diupdate..mana taknya selepas terhasilnya satu lagi web KBK yang lebih fleksibel dan mesra pengguna, dengan kesibukkan rakan2 spt mengalahkan pak menteri..blog ini tinggal kesepian tanpa ada yg menguruskannya. Walaubagaimanapun, tahun 2009 ini, blog KBK ini akan terus memberikan info2 yang berguna disamping bertukar pendapat dengan semua.

Diharapkan juga anda dapat memberikan komen atau pandangan mengenai kemajuan blog ini.